Ayam Oh Ayam

 Hidangan ayam masak merah dipercayai menjadi punca tiga tetamu termasuk seorang budak lelaki meninggal dunia apabila mengalami keracunan makanan selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani, Sabtu lalu. Inilah berita dalam Metro yang disiarkan hari ni. Keracunan makanan ni dikatakan disebabkan ayam masak merah. Nape agaknya ye? Biasanya musibah datang mungkin untuk peringatan pada kita semua. Kita kena siasat yang kita makan tu halal ke tidak. Sebab sebelum ni mana ada orang meninggal sebab makan ayam, kalau tercekik tulang ayam , ada la kot. Berapa ramai yang tau ayam yang dimakan betul-betul halal dan segar. Saya selalu beli ayam kat kedai Hub Maju, Kampung Ketoyong, Jalan Besar Slim Tanjung Malim. Saya yakin ayam kat situ segar dan halal. Harganya pun lebih murah tapi tak la semurah pasaraya sebab fresh kan. Biasa kan yang baik lebih bernilai. Cuba la singgah kat situ.